27 November 2013 - 20:30
Sepasang suami isteri Syiah dibunuh

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Munir Husain bin Ashiq Husain, 43 tahun dan isterinya Razia Husain, 40 tahun ditembak sehingga mati berhampiran Sanobar Cottage, Utara Karachi ketika menunggang motorsikal Isnin lalu.Berasaskan laporan ini, seorang pembonceng motor yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kepala mereka berdua. Faktor pembunuhan ialah kerana kedua-dua suami isteri tersebut bermazhab Syiah.Jenazah mangsa telah dibawa ke hospital sebelum dituntut keluarga masing-masing.Perarakan jenazah telah dihadiri keluarga mangsa, para ulama dan ratusan pengikut mazhab Syiah di Imambargah Khairul Amal.Munir Husain sebelum ini merupakan salah seorang penyelia perarakan Azadari Imam Husain di kota Khuda Ki Basti Surjani.Pertubuhan pengganas Lashkar-e-Jhangvi mengaku bertanggung jawab atas serangan ini./129